Popular Posts

Wednesday, November 23, 2011

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 4

Assalamualaikum Semua Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2011 SM Sains Kuala Selangor....
Mohon agar dapat menyiapkan Kerja Cuti Terancang dengan menyalin skema jawapan di dalam buku latihan anda.    Sila hantar buku tersebut apabila sekolah dibuka pada 4 Januari 2012.   Sila buka laman web di bawah ini.

SKEMA KERTAS 2

Monday, May 9, 2011

MESYUARAT PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PMR SEJARAH 2011

Mesyuarat PBS Sejarah PMR pertama tahun 2011 Anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diadakan di Hotel Midah Kuala Lumpur pada bulan April yang lepas.   Mesyuarat dihadiri oleh 15 orang Ketua-ketua Pentaksir Negeri seluruh Malaysia.   Terdapat beberapa perubahan di dalam PBS Sejarah mulai tahun 2011.   Guru-guru PBS yang terdiri daripada  Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Sekolah dikehendaki mengakses sendiri Buku Panduan Kerja Kursus Sejarah terus daripada Laman Web Lembaga Peperiksaan  Malaysia sebagai panduan ketika menjalankan PBS di sekolah.   Mohon supaya semua pentaksir PBS Sejarah dapat membaca dan memahami buku panduan tersebut supaya tidak banyak berlaku kesilapan ketika melaksanakan PBS di sekolah masing-masing.

Pemantauan akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Negeri masing-masing.   Untuk itu semua Pentaksir Sekolah diminta bersedia untuk menyiapkan fail PBS selain eviden pelajar.  Failing system PBS yang terdapat di Selangor ( fail induk, fail penskoran dan fail kes khas).  Perlu dilaksanakan penataran dan penyelarasan terutama di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

Gambar-gambar sekitar perbincangan PBS di Hotel Midah  ......

                             
 Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri Pahang

                       
Ketua Pentaksir Selangor, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah


  Sesi perbincangan sedang berjalan.....

Sunday, April 24, 2011

TAJUK - TAJUK SOALAN SEJARAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011



Peperiksaan pertengahan tahun untuk menengah atas akan bermula minggu ini iaitu 28 April 2011.    Untuk menengah rendah  peperiksaan akan bermula pada 10 Mei 2011.  Soalan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 adalah  selaras dan di sediakan oleh Sekolah Berasrama Penuh.   Untuk mata pelajaran Sejarah,  semua pelajar tingkatan 3....sila ulangkaji tingkatan 1,2 dan 3 sehingga bab 5.  Bagi pelajar tingkatan 5 ....sila ulangkaji keseluruhan tingkatan 4 dan tingkatan 5 sehingga bab 4 sahaja.  


Soalan untuk pelajar tingkatan 4...tolong ulangkaji sehingga bab 5 tingkatan 4.   Topik-topik penting bagi tingkatan 4  :   Tamadun Indus,Tamadun Hwang Ho, Tamadun Rom dan Yunani, pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal, peperangan dalam Islam , pembukaan semula kota Makkah.   Bagi tingkatan 2 pula...sila ulangkaji semua tingkatan 1 dan tingkatan 2 sehingga bab 5 sahaja.   Jangan lupa...buat persediaan dari sekarang...pertingkatan GPS sekolah...Moga impian untuk berjaya akan tercapai.


"Selamat menjawab soalan,   semoga berjaya cemerlang....jangan lupa...baca arahan sebelum menjawab soalan"


                                                                     
                                          Persediaan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan








                                                        SELAMAT MAJU JAYA

Friday, April 15, 2011

UMRAH KE MAKKAH DAN MADINAH












Cuti Pertengahan Penggal Persekolah tahun 2010 yang lalu aku dan keluarga telah melaksanakan ibadah umrah ke Makkah dan Madinah. Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Syukur...semuanya berjalan lancar...berkat doa sanak saudara serta rakan taulan...tidak ketinggalan juga anak-anak didikku...

Sepanjang mengerjakan ibadah umrah kami sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala yang sentiasa memberkati dan mengrahmati kami sekeluarga serta melancarkan perjalanan ibadah kami. Hampir dua minggu kami berada di Tanah Haram. Kami sampai ke tanah air tepat pada hari persekolahan dibuka untuk penggal kedua...Disambut oleh saudara-mara di KLIA...Alhamdulillah kami telah sampai dengan selamat...

Pengalaman mengerjakan ibadah umrah ke Makkah dan Madinah, aku kongsi bersama dengan anak-anak didikku di sekolah. Dengan ini anak-anak didiku lebih memahami bab Tamadun Islam yang terdapat di dalam buku teks tingkatan 4. Berdasarkan analisa peperiksaan , bab ini seringkali ditanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga anak-anak didikku akan lebih berjaya lagi dalam peperiksaan yang akan mendatang ini...

Friday, April 1, 2011

Bengkel Pembinaan Item SPM Kertas 2 Negeri Selangor 2011

Pada 9 hingga 11 Mac 2011 lalu Bahagian Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Pembinaan Item SPM Kertas 2 bertempat di Hotel Goldcourses, Klang, Selangor.  Bengkel tersebut telah diketuai oleh En Azmi Misron dan En Mohd Yusof Abdul.  Seramai lebih 40 orang guru telah menghadiri bengkel ini.   Bengkel ini dibahagikan kepada enam kumpulan dan dibantu oleh enam orang fasilitator atau Jurulatih Utama Sejarah Negeri Selangor.






Sunday, January 30, 2011

LAWATAN KE BUMI ANBIYA'....MESIR

           JUN 2010 saya dan keluarga menjejakkan kaki ke bumi anbiya'....Mesir.   Alhamdulillah cita-cita kami tercapai untuk sampai ke sana.   Tidak ketinggalan juga kami sempat menziarahi makam Imam Shafiee dan lain-lain ulama agong di Mesir.   Ulama yang satu ketika dulu pernah menyebarkan Islam ke seluruh dunia...Berkunjung ke Iskandariah melawat tinggalan istana Al-Malik Faisal....Mengunjungi anak saudara di Universiti Al-Azhar, Mesir....memang seronok....Melawat masjid-masjid , antaranya Masjid Amru Al-As dan  Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi, muzium tentera.....yang paling best....meyusuri Sungai Nil.....dan makan atas restoran di Sungai Nil.....Dalam masa menyusuri Sungai Nil teringat pula pokok papyrus....sejarah Tamadun Awal Dunia di Mesir.
           Suhu pada waktu itu panas....Lawatan seterusnya melihat piramid....ada tiga piramid di Mesir....di situlah firaun dikebumi tetapi kini semua telah dipindahkan ke Muzium Negara Mesir.....So sekarang ini tiada lagi mumia disimpan di dalam piramid.....


















                                
         Syukur....kami telah dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' dan dapat dikongsi oleh semua ...