Popular Posts

Sunday, April 24, 2011

TAJUK - TAJUK SOALAN SEJARAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011



Peperiksaan pertengahan tahun untuk menengah atas akan bermula minggu ini iaitu 28 April 2011.    Untuk menengah rendah  peperiksaan akan bermula pada 10 Mei 2011.  Soalan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 adalah  selaras dan di sediakan oleh Sekolah Berasrama Penuh.   Untuk mata pelajaran Sejarah,  semua pelajar tingkatan 3....sila ulangkaji tingkatan 1,2 dan 3 sehingga bab 5.  Bagi pelajar tingkatan 5 ....sila ulangkaji keseluruhan tingkatan 4 dan tingkatan 5 sehingga bab 4 sahaja.  


Soalan untuk pelajar tingkatan 4...tolong ulangkaji sehingga bab 5 tingkatan 4.   Topik-topik penting bagi tingkatan 4  :   Tamadun Indus,Tamadun Hwang Ho, Tamadun Rom dan Yunani, pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal, peperangan dalam Islam , pembukaan semula kota Makkah.   Bagi tingkatan 2 pula...sila ulangkaji semua tingkatan 1 dan tingkatan 2 sehingga bab 5 sahaja.   Jangan lupa...buat persediaan dari sekarang...pertingkatan GPS sekolah...Moga impian untuk berjaya akan tercapai.


"Selamat menjawab soalan,   semoga berjaya cemerlang....jangan lupa...baca arahan sebelum menjawab soalan"


                                                                     
                                          Persediaan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan








                                                        SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment