Popular Posts

Monday, May 9, 2011

MESYUARAT PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PMR SEJARAH 2011

Mesyuarat PBS Sejarah PMR pertama tahun 2011 Anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diadakan di Hotel Midah Kuala Lumpur pada bulan April yang lepas.   Mesyuarat dihadiri oleh 15 orang Ketua-ketua Pentaksir Negeri seluruh Malaysia.   Terdapat beberapa perubahan di dalam PBS Sejarah mulai tahun 2011.   Guru-guru PBS yang terdiri daripada  Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Sekolah dikehendaki mengakses sendiri Buku Panduan Kerja Kursus Sejarah terus daripada Laman Web Lembaga Peperiksaan  Malaysia sebagai panduan ketika menjalankan PBS di sekolah.   Mohon supaya semua pentaksir PBS Sejarah dapat membaca dan memahami buku panduan tersebut supaya tidak banyak berlaku kesilapan ketika melaksanakan PBS di sekolah masing-masing.

Pemantauan akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Negeri masing-masing.   Untuk itu semua Pentaksir Sekolah diminta bersedia untuk menyiapkan fail PBS selain eviden pelajar.  Failing system PBS yang terdapat di Selangor ( fail induk, fail penskoran dan fail kes khas).  Perlu dilaksanakan penataran dan penyelarasan terutama di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

Gambar-gambar sekitar perbincangan PBS di Hotel Midah  ......

                             
 Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri Pahang

                       
Ketua Pentaksir Selangor, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah


  Sesi perbincangan sedang berjalan.....

No comments:

Post a Comment