Popular Posts

Wednesday, August 29, 2012

SKEMA PERCUBAAN SBP 2012

Assalamualaikum ..... untuk pelajar tingkatan 5 2012.....

Cuti ini harap dapat baca skema percubaan SBP yang cikgu telah upload dalam 4shared.....baca jangan tak baca......tambah lagi dengan gerakan islah ....dan lain-lain....bincang dalam kumpulan.....jgn study bersendirian.....apa pun....GOOD LUCK  dalam SPM....mesti dapat straight A+++++......

http://www.4shared.com/office/UGna74q0/Sejarah_1249_2_Trial__SPM_SBP_.html?

Sunday, May 20, 2012

Mesyuarat Penyelarasan PBS Sejarah PMR peringkat negeri telah diadakan pada 19 April 2012 di Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam.    KPN telah menyampaikan peyelarasan  tajuk Kerja Kursus atau PBS PMR 2012 yang telah dibincangkan diperingkat kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 27-29 Februari 2012 di Hotel Goldcourses, Klang.

Kata putus telah diambil bahawa tajuk berdasarkan produk setempat.   Syarikat-syarikat besar tidak digalakkan.  Contohnya ...makanan...lebih menjurus kepada makanan yang dihasilkan setempat contohnya,  bahulu, tempe, cincau, capati dan sebagainya.   Seterusnya  kraftangan pula seperti batik tempatan bukan batik Indonesia.   Setiap pelajar digalakkan menggunakan soalan ketika menemuramah orang sumber.   Ini akan memudahkan lagi pelajar ketika membuat elemen dua iaitu hasil kajian.   Semua KPkw daerah telah diberi panduan untuk melaksanakan penataran di peringkat daerah bersama Pkw masing-masing.   Mohon kepada semua KPkw agar dapat menghantar email kepada saya perkara-perkara berikut  :

(i)    Laporan penataran peringkat daerah
(ii)   Jadual penyelarasan KPkw dan Pkw
(iii)  Laporan penyelarasan sekolah persendirian berkumpulan dan individu
(iv)  Borang beza skor mengikut sekolah
(v)   IKAP

Demi kebaikan dan masa depan pelajar-pelajar kita, mohon kerjasama kepada semua KPkw dan Pkw agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan sabar agar pelajar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.   Bimbingan guru amatlah diperlukan supaya pelajar tidak melakukan terlalu banyak kesilapan.  

Ingatan juga kepada KPkw,Pkw,  Kps dan Ps agar dapat menguasai buku panduan yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tahun 2011.

Ketua Pentaksir Negeri PBS Sejarah PMR
ARIDAH BINTI DULMUKTI
SM SAINS KUALA SELANGOR
email  :  aridah60@gmail.com