Popular Posts
-
Assalamualaikum Semua Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2011 SM Sains Kuala Selangor.... Mohon agar dapat menyiapkan Kerja Cuti Terancang dengan men...
-
Peperiksaan pertengahan tahun untuk menengah atas akan bermula minggu ini iaitu 28 April 2011. Untuk menengah rendah peperiksaan akan ...
-
Assalamualaikum ..... untuk pelajar tingkatan 5 2012..... Cuti ini harap dapat baca skema percubaan SBP yang cikgu telah upload dalam 4sha...
-
Mesyuarat PBS Sejarah PMR pertama tahun 2011 Anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diadakan di Hotel Midah Kuala Lumpur pada bulan Apri...
-
Cuti Pertengahan Penggal Persekolah tahun 2010 yang lalu aku dan keluarga telah melaksanakan ibadah umrah ke Makkah dan Madinah. ...
-
Pada 9 hingga 11 Mac 2011 lalu Bahagian Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Pembinaan Item SPM Kertas 2 be...
-
JUN 2010 saya dan keluarga menjejakkan kaki ke bumi anbiya'....Mesir. Alhamdulillah cita-cita kami tercapai untuk sampai ke...
-
Mesyuarat Penyelarasan PBS Sejarah PMR peringkat negeri telah diadakan pada 19 April 2012 di Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam. KPN tela...
Sunday, April 24, 2011
TAJUK - TAJUK SOALAN SEJARAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
Peperiksaan pertengahan tahun untuk menengah atas akan bermula minggu ini iaitu 28 April 2011. Untuk menengah rendah peperiksaan akan bermula pada 10 Mei 2011. Soalan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 adalah selaras dan di sediakan oleh Sekolah Berasrama Penuh. Untuk mata pelajaran Sejarah, semua pelajar tingkatan 3....sila ulangkaji tingkatan 1,2 dan 3 sehingga bab 5. Bagi pelajar tingkatan 5 ....sila ulangkaji keseluruhan tingkatan 4 dan tingkatan 5 sehingga bab 4 sahaja.
Soalan untuk pelajar tingkatan 4...tolong ulangkaji sehingga bab 5 tingkatan 4. Topik-topik penting bagi tingkatan 4 : Tamadun Indus,Tamadun Hwang Ho, Tamadun Rom dan Yunani, pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal, peperangan dalam Islam , pembukaan semula kota Makkah. Bagi tingkatan 2 pula...sila ulangkaji semua tingkatan 1 dan tingkatan 2 sehingga bab 5 sahaja. Jangan lupa...buat persediaan dari sekarang...pertingkatan GPS sekolah...Moga impian untuk berjaya akan tercapai.
"Selamat menjawab soalan, semoga berjaya cemerlang....jangan lupa...baca arahan sebelum menjawab soalan"
Persediaan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan
SELAMAT MAJU JAYA
Friday, April 15, 2011
UMRAH KE MAKKAH DAN MADINAH
Cuti Pertengahan Penggal Persekolah tahun 2010 yang lalu aku dan keluarga telah melaksanakan ibadah umrah ke Makkah dan Madinah. Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Syukur...semuanya berjalan lancar...berkat doa sanak saudara serta rakan taulan...tidak ketinggalan juga anak-anak didikku...
Sepanjang mengerjakan ibadah umrah kami sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala yang sentiasa memberkati dan mengrahmati kami sekeluarga serta melancarkan perjalanan ibadah kami. Hampir dua minggu kami berada di Tanah Haram. Kami sampai ke tanah air tepat pada hari persekolahan dibuka untuk penggal kedua...Disambut oleh saudara-mara di KLIA...Alhamdulillah kami telah sampai dengan selamat...
Pengalaman mengerjakan ibadah umrah ke Makkah dan Madinah, aku kongsi bersama dengan anak-anak didikku di sekolah. Dengan ini anak-anak didiku lebih memahami bab Tamadun Islam yang terdapat di dalam buku teks tingkatan 4. Berdasarkan analisa peperiksaan , bab ini seringkali ditanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga anak-anak didikku akan lebih berjaya lagi dalam peperiksaan yang akan mendatang ini...
Wednesday, April 6, 2011
Friday, April 1, 2011
Bengkel Pembinaan Item SPM Kertas 2 Negeri Selangor 2011
Pada 9 hingga 11 Mac 2011 lalu Bahagian Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Pembinaan Item SPM Kertas 2 bertempat di Hotel Goldcourses, Klang, Selangor. Bengkel tersebut telah diketuai oleh En Azmi Misron dan En Mohd Yusof Abdul. Seramai lebih 40 orang guru telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dibahagikan kepada enam kumpulan dan dibantu oleh enam orang fasilitator atau Jurulatih Utama Sejarah Negeri Selangor.

Subscribe to:
Posts (Atom)